4.0 Kesimpulan.
Masalah sosial merupakan suatu gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja masa kini. Konflik sosial yang tergolong dalam budaya bangsa Melayu sememangnya hebat dibincang dari masa kemasa di Malaysia sendiri. Bukan sahaja masalah ini terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga.
Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka kini hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas lagi hingga berlaku pelbagai konflik sosial di kalangan mereka lebih-lebih lagi yang bergelar remaja muslim.
Sekiranya bnagsa Melayu tidak mempunyai ilmu, darjah penghayatan Islamnya akan menjadi rendah. Namun darjah keimanan yang tinggi boleh meletakkan kemantapan asas akidah dan amal berjalan seiring. Hal bakal melahirkan orang-orang yang muttaqin yang mana masalah sosial mampu dibendung dan dikawal.Islam sebagai suatu agama yang universal yang menghasilkan cara hidup menuntut umatnya supaya mempunyai ilmu dan sentiasa mengamalkannya. Remaja Islam harus bijak memahami bahawa Islam adalah agama yang benar. Kekuatan dan kelemahan bnagsa Melayu bergantung setakat mana ilmu Islam difahami dan dihayati.
Bibliografi.
Siti Zulaikha Mohd Noor. (November 2003). Kebahagiaan keluarga tanggungjawab bersama. Majalah Sinar Rohani: JAKIM Malaysia.
Soerjono Soekarto. (1993). Teori sosiologi tentang perubahan sosial. Ghalia Indonesia: Jakarta.
Ahmad Tarmizi Zakaria. (2006, Mei. 29). Membentuk personaliti remaja. Diambil dari: .
Karim Abdullah. (2008, Jan. 10). Akidah seorang muslim. Diambil dari: akidah-seorang-muslim/>.
Mohd. Taib Osman. (2006). Bunga rampai kebudayaan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan: Kuala Lumpur Malaysia.