Friday, June 18, 2010

Aktiviti Di Dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong (M), Gelanggang Harimau Belian, Kampung Medan.


Pertubuhan Silat Seni Gayong (M), Gelanggang Harimau Belian, Kampung Medan merupakan sebuah gelanggang silat awam yang mana semua anak-anak muda boleh berkecimpung di dalam arena persilatan ini. Gelanggang ini merupakan sebuah gelanggang yang agal lama telah ditubuhkan dan di antara gelanggang yang telah melahirkan pesilat-pesilat kebangsaan dan negara.
Gelanggang Harimau Belian ini disertai oleh murid-murid yang berada di dalam lingkungan usia tujuh tahun sehingga dewasa. Lazimnya, gelanggang ini mengadakan latihannya setiap hari Jumaat malam, Ahad Malam, dan Selasa malam. Latihan akan diadakan daripada pukul 9.00 malam sehinggalah ke pukul 11.00 malam. Namun adakalanya latihan akan berlarutan sehingga ke pukul 11.30 malam seandainya waktu pertandingan semakin hampir.
Latihan yang di adakan sebanyak 12 kali di dalam sebulan  ini bertujuan agar kesemua anak-anak murid Tuan Haji Jaafar Jamaludin in mendapat latihan yang secukupnya agar setiap buah pukul yang di ajar akan dapat ditangkap dan dipelajari dengan mahir dan pantas. Bagi pembelajaran kanak-kanak, mereka akan di ajar mengikut silibus yang telah ditetapkan mengikut peringkat demi peringkat. Manakala bagi pelajar yang berusia 15 tahun dan ke atas, mereka akan di ajar seperti orang dewasa.
Pada awal penubuhan gelanggang silat ini, sebanyak RM 5 dikenakan setiap bulan kepada ahli. Namun, dek kerana yuran itu tidak dapat dilunaskan dengan jelas dan mengikut masa yang telah ditetapkan, Tuan Haji Jaafar Jamaludin telah memberi kelonggaran dengan tidak mengenakan yuran kepada pelajar yang mengikuti latihan silat di gelanggang tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: