Friday, June 18, 2010

Kejayaan Pertubuhan Silat Seni Gayong (M), Gelanggang Harimau Belian, Kampung Medan.

“Bunga Tanjung, Tempur Puteri,
Pantang berundur sebelum mati.”


Pertubuhan Silat Seni Gayong (M), Gelanggang Harimau Belian, Kampung Medan merupakan sebuah gelanggang silat yang sepenuhnya dimiliki dan dikelolakan oleh Tuan Haji Jaafar Jamaludin PJK. Hasil tangannya, berbagai-bagai kejayaan telah diukir dan dicipta oleh anak-anak muridnya.
Namun pipih tidak datang melayang, bulat tidak datang bergolek. Tanpa usaha, kegigihan, kesungguhan malah keazaman dan tekad yang padu, tidak mungkin kejayaan-kejayaan Pertubuhan Silat Seni Gayong (M), Gelanggang Harimau Belian, Kampung Medan mengukir nama dengan gah di setiap pertandingan tidak kira apapun peringkatnya.
Hasil sentuhan tangan beliau, sebahagian anak murid di bawah jagaan beliau pernah memasuki pertandingan sehingga ke Landon, Sarawak dan selebihnya di peringkat daerah, negeri, dan Malaysia. Hasil tangan beliau yang tebaru, seorang anak muridnya bakal mewakili Selangor bagi memasuki pertandingan Sukma pada tahun 2010 di Melaka.
Pada bulan April 2009, Tuan Haji Jaafar Jamaludin telah menghantar sepuluh ppesilat beliau untuk memasuki pertandingan di peringkat negeri. Lima daripada sepuluh pesilat tersebut telah terpilih untuk mewakili Selangor bagi memasuki Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan (SMDK) di Alor Star.
Pada 27,28, dan 29 Jun 2009, Beliau telah menghantar lima orang bagi mewakili pesilat beliau di Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan (SMDK) yang di adakan Alor Star, Kedah. Pesilat beliau telah meraih pingat emas dalam acara Kunci Mati, pingat perak pula dalam acara Bunga Tanjung dan Golongan 21.
Kejayaan yang melayakkan pesilat hasil tangan beliau ialah dengan mewakili Pesaka Daerah Petaling di dalam kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) pada 10,11,12, dan 13 Julai 2009 lalu yang di adakan di Sungai Besar, Sabak Bernam. Pesilat beliau telah meraih pingat emas dalam Tempur Puteri/Ganda Puteri.
Pada tahun 2008, seramai tujuh orang pesilat beliau telah mewakili Pertubuhan Silat Seni Gayong Negeri Selangor dalam Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan (SMDK) di peringkat kebangsaan. Pesilat beliau telah meraih pingat Perak dalam acara Bunga Tanjung.
Pada tahun 2002, beliau yang menjadi Pengurus Pasukan Negeri Selangor telah membawa Selangor ke Negeri Pahang dan telah meraih hampir keseluruhan pingat yang dtawarkan. Negeri Selangor pada waktu itu telah merangkul 8 pingat emas, 7 pingat perak, dan 9 pingat gangsa. Kejayaan Negeri Selangor di bawah kelolaan beliau telah melayakkan Negeri Selangor menduduki tempat ketiga dalam keseluruhan acara.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: