Friday, June 18, 2010

Bintang Yang Bersinar Di Dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong (M), Gelanggang Harimau Belian, Kampung Medan.

“Intan bersinar berkilau-kilau,
Srikandi bertarung seperti harimau.”


Bukan Hang Tuah sahaja yang boleh menjadi perwira. Siapa sangka, si gadis kecil menjadi srikandi dunia? Begitulah yang boleh di umpamakan buat Linnazirah Binti Juni yang baru menginjak 17 tahun dan adiknya Nur Adilah Binti Juni yang berusia 14 tahun. Kecil-kecil cili padi namun hebat di gelanggang membuktikan kekuatan diri.
Bakat Linnazirah mula menyerlah pada tahun 2008 apabila buat pertama kalinya beliau menyertai Pertubuhan Silat Seni Gayong (M), Gelanggang Harimau Belian, Kampung Medan sekaligus menjadi anak murid pertama Tuan Haji Jaafar Jamaludin PJK. Adiknya turut mengikuti jejak kakaknya dengan menyertai arena persilatan ini.
Linnazirah dan Nur Adilah dilahirkan di Malaysia manakala ibu bapanya berasal daripada seberang iaitu Indonesia. Masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Taman Tun Harun yang mana Linnazirah bakal menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia manakala adiknya berada di tingkatan dua.
Bakat Linnazirah lebih terserlah apabila pada tahun 2008 beliau telah mewakili Selangor untuk menyertai Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan (SMDK) dan meraih pingat perak dalam acara Bunga Tanjung dan pingat gangsa dalam acara Golongan Keris.
Pada 27,28, dan 29 Jun 2009, beliau mewakili Gelanggang Harimau Belian ke peringkat negeri yang mana beliau telah meraih emas dalam acara Kunci Mati, pingat perak dalam acara Bunga Tanjung dan Golongan 21. Usaha beliau tidak berhenti sampai di situ. Beliau semakin giat menjalankan latihan demi latihan bagi memeprbaikan kekurangan yang ada. Usahanya berbaloi apabila sekali lagi beliau meraih pingat.
Selang sebulan, beliau telah mewakili Pesaka Daerah Petaling pada 10,11,12, dan 13 Julai 2009 dalam Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) yang di adakan di Sungai Besar, Sabak Bernam. Beliau telah meraih pinagt emas dalam acara Tempur Puteri atau Gamda Puteri. Kemenangan demi kemenangan inilah yang melonjakkan nama beliau di dalam arena persilatan apabila telah terpilih untuk mewakili Selangor ke peringkat Sukma pada tahun 2010 di Melaka

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: