Friday, June 18, 2010

Biografi Pengerusi/Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong (M), Gelanggang Harimau Belian, Kampung Medan.

“Hebat Tok Lela pada kerisnya,
Hebat mereka pada tuannya.”

Siapa yang tidak mengenali pengendali atau peneraju utama Pertubuhan Silat Seni Gayong (M), Gelanggang Harimau Belian, Kampung Medan jikalau bukan Tuan Haji Jaafar Jamaludin PJK. Separuh usianya didewasakan di Kampung Medan di mana beliau telah menetap di Kampung Medan sejak dari tahun 1963 sehinggalah sekarang. Tahun ini genaplah usianya yang ke 72.
Beliau bukanlah calang-calang orangnya kerana beliau pernah berkhidmat di Universiti Malaya pada tahun 1968 yang mana telah berkhidmat selama 23 tahun sebagai Timbalan Naib Canselor. Pada tahun 1991, beliau telah menamatkan ofsyennya dua tahun sebelum bersara daripada Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.
Usai bersara, beliau telah bekerja sendiri sebagai pemandu teksi selama 15 tahun. Seawal usia remajanya lagi, beliau telah berkecimpung di dalam arena persilatan. Tanggal Februari 1973, bermulalah pembelajarannya di dalam ilmu persilatan. Namun bukan senang untuk menimba ilmu persilatan ini. Bermacam pahit-maung yang ditempuhi oleh beliau.
Guru silat beliau yang pertama berasal daripada Kota Semut, Kedah. Namun peringkat pertama tersebut tidak dapat dihabiskan dengan mudah apabila gurunya tidak dapat meneruskan pengajaran ilmu persilatan tersebut. Gurunya kedua beliau pula berasal daripada Kampung Pandan. Nasib yang sama menimpa beliau apabila guru yang kedua turut tidak dapat meneruskan pengajaran terhadapnya.
Berkat usaha beliau yang gigih, beliau telah berjaya mengambil ujian tahap pertama pada tahun 1974 dalam ilmu persilatan Silat Seni Gayong. Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manuia siapa yang tahu. Begitulah yang boleh takrifkan untuk beliau apabila beliau telah mula menjadi penolong jurulatih silat.
Hari demi hari, beliau terus gigih berusaha agar matlamatnya tercapai. Berkat kesabaran, beliau telah mengikuti kursus jurulatih selama enam bulan yang telah di sertai seramai 70 orang. Alhamdulillah, Allah merestui permohonannya apabila beliau telah ditauliahkan dengan Bekung Merah yang bertaraf jurulatih pada tahun 1975 yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris sehinggalah ke hari ini.
Jika dikira masa yang di ambil untuk beliau digelar jurulatih hanyalah selama dua tahun sahaja iaini daripada tahun 1973 sehingga 1975. Itulah yang dinamakan dengan bakat yang wujud di dalam dirinya yang akhirnya mampu bersinar menyinari kehidupnnya.
Tanggal 25 Oktober 2009 ini pasti akan menjadi tarikh keramat buat beliau apabila bakal menyandang Tali Pinggang Hitam yang memiliki tahap yang tertinggi sekali iaitu enam cula. Anugerah tersebut bakal diadakan di KL Enterian Hotel, Chow Kit yang mana adinda kepada Baginda Sultan Selangor yang akan menyampaikan anugerah tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: