Friday, June 18, 2010

Vol. 1) Mengkaji budaya bangsa Melayu dalam konteks citra kebudayaan Melayu, nilai kesopanan dan budi bahasa, budaya ilmu, dan budaya muhibah.

1.0 Definisi Melayu.

Siapa sebenarnya yang layak dipanggil sebagai bangsa Melayu? Siapa Melayu? Pendekatan mana yang harus diikuti bagi menakrifkan diri sebagai Melayu? Mengikut penakrifan undang-undang, antropologi, etnologi atau budaya?
Di Malaysia, penduduk pribumi daripada keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, dan Mandaling antaranya, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu. Mereka dikatakan telah “masuk Melayu”.
Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai “Seseorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu yang lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, taau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura”.
Manakala menurut penakrifan antropologi pula, mengikut teori Syed Husin Ali, seorang antopologist negara, orang Melayu itu dari segi lahiriah, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah-lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi iaini budaya dan agama serta kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.
Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bangsa, bahasa dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh sesuatu kelompok serumpun tersebut.
Menurut Syed Hussein Al-Attas menerusi bukunya “Mitos Pribumi Malas”, para pengkaji barat mempercayai orang Melayu tergolong dalam gagasan puak Malayo-Polinesia. Gagasan ini termasuk mereka yang menghuni kawasan goegrafis yang dikenali sebagai Myanmar, Kemboja, Indonesia, Fillipina, dan Kepulauan Polinesia ssehingga ke Kepulauan Hawaii. Orang Melayu pertama menghuni kawasan nusantara Melayu ini dipercayai pada kira-kira 50,000 SM.
Namun pendapat ini sedikit bercanggah dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Abdul Rahim Kajai. Menurut beliau, Bangsa Melayu adalah penduduk asal gugusan pulau Melayu atau alam Melayu seperti di pulau Jawa, Bugis, Madura, Bawean, Minangkabau dan juga Banjar. Orang Asli seperti suku kaum Semang, Jakun dan Pangan termasuk dalam definisi Melayu kerana mereka juga adalah penduduk Asli di Semenanjung.
Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan bahawa, “jika seseorang itu bangsa Melayu, dia akan tetap dan kekal sebagai bangsa Melayu, walaupun dia dilahirkan di Kutub Utara, bertukar kerakyatan, hatta bertukar agama sekalipun..” Kajai menjelasakan, “undang-undang keturunan sesuatu bangsa menurut hukum Allah, hukum Rasul, adat manusia dan segala makhluk Allah, iaitu haiwan dan kayu-kayan berdasarkan di sebelah bapa”.
Gagasan Kajai bersifat tertutup dan ketat. Bukan sebarang manusia boleh diterima berbangsa Melayu walaupun mereka menganut agama Islam. Kajai lebih mengutamakan warisan, keturunan, persamaan dalam sosio budaya, dan geografi.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: