Wednesday, April 7, 2010

Hikayat Malim Dewa

Hikayat Malim Dewa mengisahkan sebuah negeri yang bernama Kuala Bandar Muar yang mempunyai raja yang bergelar Tuanku Raja Muda Ulama dan permaisurinya bernama Tuan Puteri Madu Rakna. Tuan Puteri Madu Rakna telah melahirkan sepasang kembar lelaki. Anak yang kecil diberi nama Tuanku Gombang Malim Permata, dan yang besar diberi nama Tuanku Gombang Malim Dewa. Setelah Tuanku Gombang Malim Dewa meningkat dewasa, baginda telah ditabalkan menjadi Raja Kuala Bandar Muar. Pada suatu malam, baginda telah bermimpi yang mana disuruh mencari pasangan hidupnya dengan meminta bantuan daripada seekor burung bayan kepunyaan Tuan Puteri Gengorak. Setelah baginda meminta pertolongan daripada burung bayan tersebut, baginda telah memperisterikan Tuan Puteri Andam Dewi dari negeri Kuala Ayer Batu setelah berhadapan dengan sihir Raja Pertukal serta Burung Garuda. Selepas itu, baginda telah memperisterikan Tuan Puteri Gondan Gentasari dari negeri Kuala Medan Baik serta dikurniakan seorang putera yang diberi nama Sultan Limbak Tuah. Kemudian baginda berhijrah ke negeri Nyior Condong lalu berkahwin dengan Tuan Puteri Santan Bertapis. Namun Tuan Puteri Andam Dewi telah mendapat pekhabaran di atas berita perkahwinan tersebut lalu berangkat ke negeri Kuala Medan Baik untuk menjemput Puteri Gondan Gentasari bagi menyerang Tuanku Gombang Malim dan Tuan Puteri Santan Bertapis. Tuan Puteri Santan Bertapis terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Rujukan

Pawang Ana dan Raja Haji Yahya. (1960). Hikayat Malim Dewa. Singapura: Malay Publishing House.