Wednesday, April 7, 2010

Stress Can Cause Abnormal Behaviour Vol. 2

2.0 Perbincangan.

Stress merupakan punca utama yang menyumbang kepada tindakan luar biasa seseorang individu. Individu yang mengalami stress akan mengalami suatu keadaan dimana seseorang itu akan berperang dengan emosinya tanpa menggunakan pemikiran yang rasional. Terdapat beberapa punca stress yang terbahagi kepada dua iaitu:

i) Primitive Mortal Throat

ii) Modern Stress.

Primitive Mortal Throat merupakan sejenis stress yang melibatkan penyaraan hidup seperti kekurangan makanan, perlindungan tempat tinggal dan sebagainya. Individu ini sewajarnya menanganinya melalui tiga peringkat stress seperti yang telah dinyatakan di atas.

Modern Stress pula berpunca daripada kekecewaan yang terlampau yang membolehkan individu itu bertindak agresif. Individu itu akan mengalami Regretion yang membawa maksud gangguan fikiran. Bagi individu yang kadangkala mengalami gangguan fikiran ini, mereka akan menjadi seseorang yang anti dengan jantina yang berlawanan dengannya. Berikut merupakan antara artikel yang memaparkan tindakan luar biasa akibat daripada tekanan perasaan yang melampau.

“Pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin adalah pembunuhan kejam yang berlaku ke atas Nurin Jazlin Jazimin yang dijumpai oleh pemilik lot kedai di 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya. Pada mulanya beliau dilaporkan hilang selepas beliau pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri pada 20 Ogos 2007 lalu. Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu. Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya. Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali.

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) di sini sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu. Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan yang disertai 200 jemaah.Keluarga terdekat dan ribuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan kaum turut menziarah”.

(Utusan Malaysia, 20 September 2007).

Pembunuhan yang berlaku terhadap golongan kanak-kanak ini adalah berpunca daripada individu yang mengalami tekanan perasaan yang melampau. Pembunuh yang melakukan pembunuhan ini tidak pernah memikirkan tentang implikasi terhadap dirinya mahupun keadaan sekeliling. Membunuh merupakan salah satu tingkah laku luar biasa yang berpunca daripada tekanan perasaan dan emosi yang telah menguasai tindak tanduk perilaku seseorang itu.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: