Wednesday, April 7, 2010

Seni dan Melayu

Seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada rasa estetika (Herbert, 1949). Manakala menurut Sidi Gazalba, seni merupakan usaha untuk menghasilkan bentuk-bentuk indah tertakluk kepada keupayaan seseorang untuk menghasilkan karya yang dianggap oleh masyarakat sebagai mempunyai sifat keindahan sama ada halus dalam ciptaannya atau enak didengar atau cantik dalam bentuk fizikalnya (Hussein Alatas, 1980).

Takrif bagi istilah kesenian pula ialah sesuatu yang memiliki ciri-ciri estetika iaitu keindahan. Secara telusnya, ciri-ciri estetika ini berasal dari sentuhan nuansa mahupun nurani yang mendalam serta di tujukan dan dihasilkan pula untuk meninggalkan kesan mahupun implikasi kepada nuansa atau nurani kepada orang lain (U.U. Hamidy, 1986).

Menurut Horace pula, kesenian merupakan sesuatu yang indah dan berguna iaitu (duice et utile) yang mana kita dapat simpulkan sebagai sesuatu yag memiliki keindahan dan bermanfaat untuk meningkatkan kualiti manusia itu sendiri ( National Research Council of the Philippines, 1981).

Melayu pula dapat diperkatakan sebagai satu perkataan yang sangat simbolik. Melayu membawa pelbagai maksud dan pendapat. Menurut Werndly, Melayu berasal daripada perkataan ‘Melaju’ iaitu daripada kata dasar ‘laju’ yang bermakna ‘cepat atau deras’ (Siti Hawa Hj. Salleh, 1997). Manakala takrifan Melayu yang telah dikemukakan oleh Van der Tuuk, membawa erti menyeberang atau menukar agama daripada Hindu-Buddha kepada Islam (Hugh Chisholm, 1911). Bagi Hollander pula, Melayu hampir sama dengan pengertian pengembara. Secara tuntasnya, Melayu membawa pelbagai maksud yang begitu unik dan mempunyai nilai yang begitu tinggi.


RUJUKAN

Bulletin. (1981). National research council of the Philippines. California: University of Caifornia. (m.s.

95-97).

Herbert, E. R. (1949). The meaning of arts. UK: Books in association with Faber & Faber.

Hugh C. (1911). The encyclopedia Britannica: A Dictionary of arts, sciences, literature, and general

information. (Vol. 11, m.s. 17-20). University of Harvard.

Hussein Alatas. (1980). Kesusasteraan Melayu dan Islam: Islam dalam pengucapan seni. University

of Michigan: Sarjana Enterprise.

Siti Hawa Hj. Salleh. (1997). Kesusuteraan Melayu abad kesembilan belas. Malaysia: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

U. U. Hamidy. (1986). Kesenian jalur di Rantau Kuantan, Riau. University of Michigan: Bumipustaka.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: