Wednesday, April 7, 2010

Stress Can Cause Abnormal Behaviour Vol. 1

1.0 Pengenalan.

Stress boleh didefinisikan sebagai meregangkan dengan menggunakan otot. Manusia memerlukan sedikit stress supaya hidup dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar serta mampu untuk membuat minda berfikir. Manusia yang berada di dalam keadaan stress biasanya adalah orang yang berpersonaliti jenis A. Manusia jenis ini biasanya adalah orang yang sentiasa ingin berjaya. Menurut Han Selye manusia akan mengalami tiga peringkat sewaktu stress. Peringkat yang pertama dikenali dengan Alarm Stage di mana pada peringkat ini seseorang individu itu akan terperanjat dan mula berpeluh kerana peringkat ini merupakan peringkat permulaan tekanan. Resistence Stage dikenali sebagai peringkat yang kedua kepada individu yang mengalami tekanan. Pada peringkat ini, seseorang individu itu akan mula untuk mempertahankan dirinya dengan kekuatan fizikal yang ada. Pada tahap ini, seseorang individu yang berhadapan dengan stress tersebut hanya mempunyai dua pilihan, sama ada melarikan diri atau berhadapan dengan situasi tersebut seperti berlawan. Manakala, peringkat yang terakhir pula dikenali sebagai Exhaution Stage. Peringkat ini membawa takrifan bahawa seseorang individu itu berasa lelah dan kepenatan untuk menghadapi situasi yang tegang.

Tingkah laku luar biasa atau dikenali sebagai abnormal behaviour boleh didefinisikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan keluarbiasaan yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan seharian yang dikenali sebagai typical average population behaviour. Abnormal behaviour boleh dikenalpasti melalui statistik dan data, budaya dan kekurangan psikologi. Sama ada dari aspek nilai mahupun tingkah laku. Antara gangguan-gangguan psikologi yang boleh menyumbangkan kepada tingkah laku luar biasa adalah anxiety disorder yang mana individu tersebut berada di dalam ketakutan yang amat sangat dan dikenali sebagai panic attack. Manakala, gangguan psikologi yang kedua ialah post-traumatic disorder. Gangguan ini dapat dilihat apabila seseorang individu mengalami trauma seperti pernah dirogol, diraba dan sebagainya. Gangguan seterusnya ialah phobia yang membawa makna apabila seseorang itu berasa takut terhadap sesuatu dan tidak mahu kejadian itu berulang kembali. Walhal, itu hanya ilusi kerana ketakutan yang sering menghantui mindanya. Obsessive compulsive disorder merupakan gangguan mental di mana seseorang yang terlalu obses terhadap sesuatu atau seseorang dan akan mendapatkannya walau di dalam apa jua keadaaan sekalipun. Individu itu juga akan berpegang kepada apa yang diingini seperti orang Melayu yang gila talak.


0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: