Wednesday, April 7, 2010

Kemunculan Filem Seram

Filem atau gambar bergerak sering dikaitkan dengan masyarakat apabila filem dijadikan gambaran realiti kehidupan sesebuah masyarakat. Filem berkait rapat dengan Persistence of Vision yang telah diperkenalkan oleh Mark Rogert pada tahun 1824 yang membawa maksud filem berupaya menangkap had laju. Perkembangan industri perfileman pada masa kini telah membentuk pelbagai jenis genre filem antaranya filem komedi, romantik, sejarah, perang, cinta, muzikal, dan sebagainya. Kepelbagaian genre filem telah menyebabkan penonton ingin menikmati filem untuk menuntut kepuasaaan dan hiburan. Filem seram dicipta untuk mewujudkan perasaan takut, cemas, mengejutkan dan mengerunkan. Filem seram biasanya berlatar belakangkan kehidupan alam mistik dan ketakutan dengan wujudnya mimpi-mimpi yang pelik, fantasi, menimbulkan perasaan gentar seta gerun, takut terhadap kematian dan sebagainya.

Menikmati filem bukanlah sesuatu yang elitis atau eklusif. Filem adalah sesuatu yang popular dan demokratik. Seram atau horror kini adalah genre filem. Filem seram digunakan untuk memberi gambaran atau imaginasi untuk melihat hantu, bentuk bayang-banyang, mewujudkan perasaan takut terhadap sesuatu yang sukar diterima akal. Filem seram berkembang dengan adanya punca kepercayaan sesebuah masyarakat berkenaan dengan cerita dongeng, sejarah, lagenda, cerita hantu, cerita-cerita rakyat, dan sebagainya.

Era filem hitam putih, yang berlangsung sekitar tahun 50-an dan 60-an, dianggap sebagai ‘Era Keemasan’ industri perfileman Malaysia, (Timothy White, 1996). Pada zaman itu industri perfileman di Malaysia masih mengguna pakai sistem studio. Era studio filem pula bermula di tanah air selepas zaman penjajahan Jepun iaitu pada tahun 1947 apabila adik beradik Shaw iaitu Run Run Shaw dan Run Me Shaw menubuhkan Merdeka Filem Studio di Jalan Ampas, Singapura. Secara tuntasnya, pembikinan filem seram bermula dari sistem studio sehinggalah berlakunya perubahan kepada era studio filem.

Filem seram pertama adalah bermula pada tahun 1896 hasil karya daripada pembikin filem Perancis iaitu Georges Melies yang bertajuk Le Manour Du Diable (The Devil Castle). Sementara filem The Cabinet of Dr. Caligari (1919) arahan Robert Wience merupakan sebuah filem seram klasikal yang banyak dipengaruhi daripada era German Expressionistic yang mendapat perhatian dari seluruh dunia. Filem vampire pertama ialah Night of Terror (1916) arahan pembikin filem German, Arthur Robinson’s. Pada awal tahun 1930-an di Hollywood memperlihatkan kemunculan filem seram yang banyak dipengaruhi daripada era filem German Expressionnism dengan pemaparan Dracula dan Frankestein. Kemudian, filem seram telah mengalami perubahan daripada pemaparan Dracula ke werewolf iaitu transformasi manusia menjadi serigala jadian. Filem werewolf pertama dihasilkan oleh Stuart Walker’s dan Henry Hull yang bertajuk The Werewolf of London (1935).

Tidak ketinggalan juga negara Malaysia iaini Tanah Melayu yang turut mengalami perubahan serta peningkatan filem genre seram di dalam industri perfileman, apabila penonton mula menggemari filem genre seram. Kemunculan filem seram di Tanah Melayu ialah pada lewat 1950-an apabila kewujudan kepelbagaian genre filem di Tanah Melayu. Filem seram pertama yang muncul di Tanah Melayu adalah Pontianak (1957), disusuli Dendam Pontianak (1957), dan Sumpah Pontianak (1958) yang mana ketiga-tiga filem tersebut telah diarahkan oleh B.N. Ra. Manakala Anak Pontianak (1958) pula menyusuli seterusnya yang telah diarahkan oleh Ramon Estella yang mana bertitik tolak kesan daripada filem seram daripada barat iaitu Nosferatu (1922) dengan memaparkan Vampire sebagai hantu. Walau bagaimanapun filem bergenre seram ini semakin memperlihatkan perkembangan selepas melalui satu era perubahan yang begitu ketara dari pelbagai teknik persembahannya. Walaupun pada awalnya filem seram di Tanah Melayu banyak dipengaruhi kesan daripada filem kejayaan barat namun filem seram di Tanah Melayu turut memiliki keistimewaan dan keunikan yang tersendiri seandainya memiliki unsur-unsur seperti watak hantu atau monster, ketakutan atau fear, pencahayaan, setting, struktur naratif, helples, dan special effects.

Rujukan

1. Timothy White "Historical Poetics, Malaysian Cinema, and the Japanese Occupation", Kinema, no.6 Fall 1996.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: