Wednesday, April 7, 2010

Kesan Globalisasi terhadap Industri Muzik Malaysia Vol. 2

Beralih pula kepada perspektif budaya. Menurut Tylor budaya merujuk kepada ilmu pengetahuan, keperayaan, keseniaan. kesusilaan, undang-undang dan adat resam. Malinoswky (1944), mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Secara umumnya budaya merupakan cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat mahupun bangsa yang meliputi semua aspek dan aktiviti harian manusia termasuk sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya.

Tanpa disedari telah berlakunya penjajahan minda dan fizikal yang telah banyak memecahkan sistem totem dan taboo sesebuah bangsa dan masyarakat. Individu yang terjajah sedikit demi sedikit akan mengikut segala aspek penghidupan bangsa yang menjajah. Kepercayaan-kepercayaan yang menjadi anutan sesebuah bangsa telah dihapuskan oleh si penjajah dengan mencanangkan keburukan dan kehodohan sesebuah sistem milik masyarakat yang terjajah. Seni muzik popular bukan sahaja hanya berkait dengan muzik namun membawa bersama pemikiran, ideologi, budaya, kostum, dan gaya pertuturan.

Himpunan budaya baru ini tidak mustahil akan menelan akar budaya atau identiti bangsa yang pernah terjajah. Dengan wujudnya propaganda melalui massa, globalisasi dalam kesenian dari barat akan menelan guyup segala budaya dan akar pemikiran bangsa lain. Falsafah seni muzik popular hanya menekankan keseronokan sementara dan tipu muslihat tersembunyi, menjadi senjata paling berkesan untuk mempengaruhi sikap dan tindak tanduk remaja (Steinert & Heinz, 2003).

Kesan globalisasi dari sudut teknologi kepada industri muzik tanah air merupakan kesan yang paling besar. Teknologi maklumat atau It merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Secara tepat dan mudahnya ialah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu

Globalisasi yang berlaku terhadap dimensi teknologi maklumat telah meninggalkan impak yang begitu negatif terhadap industri muzik tanah air. Isu yang hangat diperkatakan ialah cetak rompak. Cetak rompak dalam konteks industri muzik merujuk kepada cetak rompak kepada lagu tanpa kebenaran. Hanya kerana teknologi yang canggih kesan globalisasi telah mendorong kepada penularan kegiatan cetak rompak. Hal ini berlaku kerana teknologi membolehkan barangan tiruan yang dihasilkan hampir sama dengan produk yang asal.

Pengarah Urusan EMI (Malaysia) Sdn. Bhd, Darren Choby berkata, perkara seumpama itu tidak mustahil brlaku kerana telah wujud banyak petanda menunjukkan industri muzik sedang menuju ke arah kehancuran akibat cetak rompak. Pendapatan industri muzik tanah air telah menjunam daripada RM80 juta pada tahun 1996 kepada RM20 juta pada tahun lalu (Ahmad Yusuf, 2001).

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman (RIM), hampir 60 peratus atau RM300 juta daripada keseluruhan nilai industri muzik negara yang dianggarkan berjumlah RM500 juta pada tahun lalu dikuasai oleh lanun cetak rompak (Statistik cetak rompak Dis. 2007).

Kesan globalisasi ini bukan sahaja menjurus kepada pekara yang negatif. Kesan globalisasi ini turut menjadi penyumbang kepada perkembangan industri muzik Malaysia iaitu evolusi muzik. Evolusi merupakan kata yang berasal dari bahasa latin yang bererti membuka gulungan atau membuka lampiran. Kemudian bahasa itu telah diserapkan menjadi bahasa Inggeris iaitu evolution yang membawa maksud perkembangan secara bertahap (Adeng Chaedar Alwasilah, 1997).

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: