Wednesday, April 7, 2010

Kesan Globalisasi terhadap Industri Muzik Malaysia Vol. 3

Adalah diakui melalui perkembangan terkini seni muzik tanah air, muzik Indie atau muzik Underground mula dan sedang bertapak, melangkah sedikit demi sedikit memeriahkan suasana dunia industri hiburan tanah air yang sedang melaui zaman muramnya. Globalisasi yang berlaku kepada dunia telah membuka mata industri muzik Malaysia. Muzik Underground sebenarnya telah wujud di negara ini sejak awal tahun 80an. Kita memerlukan industri yang sihat dan berkembang positif dan rata-rata Band-band Indie dilihat mampu berperanan dan memberikan saingan kepada dunia muzik mainstream yang semakin tidak bermaya pada hari ini. Kehadiran mereka juga mampu memberi impak yang positif kepada pendengar dan masyarakat. Walaupun muzik mereka berentak keras dan progresif iramannya, senikata lagu-lagu mereka jika dilihat dengan penuh teliti membawa maksud kehidupan dan kemanusiaan. Contohnya ialah lagu-lagu Balada Sejuta Wajah, Rumah Kita, Menjilat Matahari, Anak Adam serta banyak lagi dapat dilihat keseimbangan antara irama dan senikata lagu tersebut. Globalisasi yang berlaku memberkan perubahan pada industri muzik dan kita perlu menerimanya.

Menurut Fadzilah Kamsah (2006), kita perlu berubah apabila menerima perubahan yang positif. Selain itu evolusi industri muzik berkembang dengan majunya apabila pelbagai ciri keselamatan dibuat bagi mengelakkan berlakunya penjualan karya muzik secara haram. Penjualan karya muzik secara digital hasil ledakan teknologi maklumat yang melalui proses globalisasi ini telah mendapat sambutan. Menurut Sany Monteiro iaitu Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia, dalam tempoh lima tahun ini,jualan karya muzik menerusi digital meningkat dengan begitu pantas. Semua karya muzik yang dihasilkan dilindungi badan bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. RIM juga mempunyai alat khas yang direka untuk mengesan sekaligus menutup laman sesawang yang cuba menjual karya muzik secara haram (Rudy Imran Shamsudin, 2008). Ini secara tidak langsung akan meningkatkan pasaran ekonomi Malaysia dalam industri muzik tanah air.

Apa yang ingin disimpulkan bagi perkembangan industri muzik Malaysia ialah industri muzik yang telah melalui proses globalisasi mampu meningkatkan industri ekonomi, dan teknologi dalam perkembangan industri muzik tanah air bagi jangka masa pendek mahupun panjang yang memeerikan seribu satu faedah kepada masyarakat sendiri.

Secara keseluruhannya apa yang dapat diolah ialah, globalisasi merupakan satu fenomena yang semakin hebat melanda dunia. Impak yang ditinggaklannya memberikan kesan kepada semua sektor perindustrian. Hal ini turut melibatkan industri muzik Malaysia. Era globalisasi ini mempermudahkan urusan manusia serta membawa masalah kepada sesebuah negara, bangsa, masyarakat mahupun individu. Tiupan globalisasi telah melahirkan kebudayaan dunia maya (cyber culture) serta memberi kesan pada ekonomi industri muzik.

Seharusnya globalisasi dipandang daripada dua sudut iaitu positif dan negatif. Seandainya globalisasi membawa impak yang negatif, sewajarnya kerajaan atau badan swasta mencari jalan bagi menangani masalah tersebut agar industri muzik dapat dibangunkan tanpa ada perspektif yang buruk dan lemah.

Pekembangan industri muzik sebenarnya merupakan satu titik permulaan yang baik bagi komposer, artis, dan pasaran industri tanah air. Bagi sesiapa yang terlibat dengan industri muzik pula seharusnya tidak mudah melatah dalam menghadapi arus globalsasi agar kualiti muzik dapat dipelihara serta mampu menaikkan nama industri muzik ke seantero dunia.

Kita seharusnya yakin bahawa industri muzik Malaysia akan kembali mengulangi zaman kegemilangan seperti yang dikecapi syarikat rakaman sekitar tahun 90an menerusi globalisasi ini memandangkan hiburan sudah menjadi budaya, ekonomi, dan teknologi masyarakat kita.

Rujukan.

Adeng Chaedar Alwasilah. (1997). Politik bahasa dan pendidikan: Serapan bahasa.

Jakarta: Rosdakarya.

Adorono, J., Theodor, B. & Horkheimer, M. (1944). The culture industry: Enlightenment as mass deception. London: Routledge.

Ahmad Yusuf. (2001, Mei 20). Industri muzik negara dijangka berkubur 2004, Mingguan Malaysia, m.s. 14.

Fadzilah Kamsah. (2006). 55 Petua orang berjaya. Malaysia: PTS Millenia.

Greene, H.W. (1999). Econometric analysis (4th edition). London: Prentice Hall.

Ishak Mad Shah. (2004). Psikologi industri dan organisasi jilid kedua.

Malaysia: UTM Press.

Malinowski, B. (1944). A scientific theory of culture. Calafornia: University of North Carolina Pr.

Mohd Razani, Fauzi Hussin & Siti Hadijah. (2003). Ekonomi Malaysia. Malaysia:

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ramlah Zainal. (2008, Okt 23). Double standard’ dalam industri muzik tempatan,

Harian Metro, m.s. 19.

Roland, R. (1992). Social theory and global culture. New York: SAGE.

Rudy Imran Shamsudin. (2008, Dis 31). Evolusi industri muzik,

Harian Metro, m.s. 23.

Shahrin Awaludin Kamarulzaman. (2005). Rakyat dalam era globalisasi. Bangi: UKM.

Statistik cetak rompak (2007, Dis). Industri Rakaman Malaysia. Diambil dari

(http://www.rim.org.my/main/index.=com_ view&id=160&Itemid).

Steinert, W. & Heinz, R. (2003). Culture industry.

Cambridge: Polity Press.

Zulkiply Yaakob. (2007). Pendidikan muzik prasekolah.

Batu Pahat: IPTO.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: