Wednesday, April 7, 2010

Stress Can Cause Abnormal Behaviour Vol. 4

3.0 Kesimpulan.

Kita memerlukan sedikit stress demi meningkatkan taraf hidup dan cara berfikir. Stress yang berlaku di tahap yang paling minimum, akan meningkatkan kualiti kerja. Manakala stress yang berada di tahap yang paling maksimum pula, akan meyumbangkan kepada kelemahan kualiti kerja. Setiap individu tidak kiranya tua mahupun muda, lelaki atau perempuan, pekerja mahupun pelajar, mereka semua akan akan berhadapan dengan pelbagai situasi tegang dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi permasalahan yang menuntut seseorang itu untuk menyelesaikannya dengan penuh rasional. Stress dan koflik yang dihadapi tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian yang positif melainkan individu itu sendiri menangani dengan bijak dan efisyen serta secara sistemetik. Bagi individu yang berfikiran terbuka, stress sebenarnya membawa kesan yang positif dan individu yang mengalami stress positif akan berasa lebih bersemangat untuk menghadapi kehidupan. Manakala bagi stress yang membawa kesan negatif dan individu yang mengalami stress negatif akan berasa sangat tertekan dan hilang kemampuan untuk berfungsi secara optima yang mengakibatkan mereka melakukan sesuatu tinadakan di luar rasional pemikiran dan peradaban masyarakat.

Stress yang merangsang pemikiran manusia untuk melakukan sesuatu yang agresif atau perkara yang di luar batas kewarasan, lantas menyebabkan peningkatan terhadap populasi tindak balas yang negatif. Hal ini turut disokong oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu yang mana isu ini menjadi topik hangat dibincangkan. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, stress dilabel sebagai ‘penyakit’ abad ke 20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa stress ialah Epidemik Dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menjangkakan bahawa stress merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalanraya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020. Satu kajian di Amerika berkaitan stress yang melibatkan 152 responden menunjukkan bahawa orang yang sentiasa mengalami stress mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi hipertensi, kerisauan melampau, kemurungan mahupun tingkah laku abnormal yang boleh mencederakan diri individu tersebut mahupun yang berada di sekelilingnya.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar yang menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental disebabkan oleh stress. Jika seseorang terlalu lama berada di dalam keadaan tertekan, akan menimbulkan simptom-simptom seperti mengurangkan daya pertahanan badan serta mudah diserang penyakit, menambahkan lagi keparahan penyakit yang sedang dialami, menyumbang kepada wujudnya masalah kesihatan pada masa akan datang contohnya tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok) serta timbul masalah psiko logikal contohnya keresahan, kemurungan, masalah pemakanan dan masalah tidur. Selain itu tingkah laku seseorang juga akan berubah dan menjadi tidak normal seperti membunuh diri dan bertindak ganas terhadap orang di sekelilingnya.

Tingkah laku abnormal dapat ditangani seandainya stress turut dapat di atasi. Terdapat pelbagai cara mengurangkan stress dengan mengubahsuai punca stress tersebut melalui penyelesaian masalah secara musyawarah, perancangan kerja dengan baik, pengurusan masa yang bijak, dan berkomunikasi secara lebih berkesan. Selain itu, stress dapat dielak dengan elakkan beban kerja berlebihan, mengetahui kemampuan sendiri, menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri, dan membuat kerja secara muafakat.

Stress juga dapat ditangani melalui meningkatkan ketahanan diri dengan mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang), merehatkan minda (melakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi), otot secara progresif, meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu), berfikir secara positif, dan mampu (menerima kritikan dengan baik).

Secara tuntas dan efisyennya, stess dan tingkah laku luarbiasa atau abnormal behaviour saling berkait rapat di mana konsep dalam mengimbangi stress dalaman memberi implikasi kepada setiap perilaku individu sama ada normal ataupun tidak normal kerana emosi yang akan berinteraksi terlebih dahulu sebelum minda mula berfikir tentang rasionalnya tindakan yang perlu diambil.

Rujukan.

Cary L. C. & Philip D. (2004). Stress: A brief histroy. Blackwell Publishing: UK

Charles, C. L. (2000). Why is everyone so cranky?. St Martinos Press: NewYork.

David F. (1989). Managing stress. Wiley-Blackwell Publishing: University of Michingan.

Gerald, C. D. & Neale, J. M. (1996). Abnormal psychology. Wiley Publishing Company: Universiy of Michingan.

Lorna A. C. & Micheal J. P. (1992). Adult psychological problems. Routledge Publishing Company:UK.

Warren, E. L. & Annie, E. C. (1908). Psychology, normal and abnormal. Baumgardt Publishing Company: University of Michigan.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Nasihat Anda: